Wednesday, September 12, 2012

CINTA


1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintaimu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

“Semua orang ingin bercinta, dan semua orang ingin di cintai, tapi tak semua orang dapat merasai dan tak semua orang juga dapat memahami apa itu CINTA..”

Teuku Wisnu ft Shireen Sungkar - Cinta Kita

Monday, September 3, 2012

Putus Cinta

 Salam Aidilfitri kawan2 semua....belum terlambat rasanya utk wish selamat hari raya walaupun biskut raya yg aku bw dari kg aku dh mkn sorang2 kt umah satu balang...hahahahha..x sempat nak bw pi opis..ari ni aku nk kongsi ttg pengalaman putus cinta yg ditulis oleh seorang blogger tp aku dh lupa sape sbb dh lama aku baca dari blog dia.ni aku copy paste apa yg ditulis oleh kawan kita ni...

1.Menurut kajian dan stalking wall fesbuk, 93% kawan-kawan dalam list fesbuk aku pernah melalui pengalaman putus cinta.

2.Alasan standard yang sering di guna pakai untuk memutuskan hubungan (mengikut urutan menurun):

i. 56% : Maaf, i rasa kita tak serasi
ii. 22% : Makin lama makin serabut i tengok muka u
iii.17% : i dah tak tahan dengan bau ketiak u
Iv. 9.7% : Terus terang i cakap, mak i tak suka u
v. 0.2& : I nak bertaubat.kapel ni haram

3. Lagu mahligaimu dari airmataku nyanyian lestari menjadi lagu putus cinta pilihan bagi lelaki manakala lagu putus cinta pilihan perempuan adalah pelamin anganku musnah nyanyian azie

4. Jumlah kali putus cinta bagi seorang perempuan boleh dikira dengan cara membilang berapa banyak kali mereka tukar phone number. 5 kali tuka no phone = 8 kali putus cinta (plus minus)

5. 3 daripada 4 wanita pernah kapel balik dengan ex-bf meraka.dengan alasan "everybody deserved 2nd chances" biarpon terang-terang ex-bf mereka main kayu tiga dan kemudian putus balik dengan sebab yang sama. bodoh kan?

6.Bila putus cinta, atau diputuskan cinta, ayat standard yang selalu digunapakai oleh 87% pempuan selalu pakai di minggu-minggu awal keputusan adalah

"Saya tak boleh hidup tanpa dia"

Tahap bangang : 4.9 bintang dari 5
Ko hidup dari baby sampai ke tadika, terus ke sekolah rendah. lulus UPSR dengan cemerlang.menyambung pula pengajian ke sekolah menengah sebelum mengenali si dia boleh pulak ko hidup??


******aku dh bape kali putus cinta...hehehehe..mula2 putus tu mmg rasa dunia ni mcm dh berakhir....kahkahkahkah..(bercinta tahap apa ntah ni ) lama2 lantak ko le dh lelaki  tu xnk aku kan..mcm la ko tu ensem sgt..ramai lg lelaki lain yg blm prnh aku jumpa lg baik pd ko..xde maknanya aku nak pi merayu mcm sedih sgt kene tggl..lama2 terus lupa dh x ingat apa2..tp bila jumpa blk or terserempak ker cm nak baling bom atom jer kt dia biar hancur berkecai..kahkahkahkah..sadis tol imaginasi aku..satu je aku nak pesan kt korang seme..kalau sst relationship tu terputus di tgh jalan better delete sms and phone number org yg melukakan ati korang tu..apa2 yg berkaitan dgn org tu x guna simpan n baca blk..nnt kita x dpt nak mulakan hidup baru..kita juga berhak bahagia sbb putus cinta tu bukan penamat hidup kita...banyak lg perkara yg berfaedah utk kita fikir..renung renungkanlah...
Wassalam...