Wednesday, October 17, 2012

Tingkah laku anak kedua..

Anak manja emak
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh emak-x jugak rasanya..kasih sayang mak aku pd adik beradik aku semua sama jer...

 Anak yang degil..
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yang betul. Dalam ramai adik-beradik, dia paling x makan saman. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu bersungguh-sungguh. Kalau tak nak,tak naklah jawabnya. Boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan...:-yang ni agak betul la..hehehhe

Tak pandai nak memujuk...
memang anak nombor dua ni tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia...:-aku ler tu..kalau korang merajuk pandai2 la x kuasa nk pujuk...hahahahaha

 Cinta 
 kalau bercinta, sangat setia dan sanggup berkorban...:-part ni x brapa best sbb kalau kecewa mmg   parah.. 
  Tegas
  apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitamlah ia. Kalau putih, putih la. Degil tak boleh        
  toleransi...:-x jugak kene tgk situasi mcm mana..leh tolak ansur lg...

  Hati 
anak nombor dua ni juga nampak je keras, tapi hati dia lembut. Satu lagi, dia, takleh ditegur...:-tgk mcm mana org yg menegur ..kalau org yg menegur kurang ajar mmg sape2 xleh terima kn


Berdikari 
betul....betul..betul... Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul dan very take care.


  Arahan
Payah untuk menerima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri. Pendek kata tak boleh kerja dengan orang lain.:-x betul ni..aku senang je terima arahan kadang2 tanpa disedari sedang dibuli rupanya...hahahaahah


Pemaaf dan ambil berat
 tidak di nafikan anak nombor dua ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham-faham je lah:- yg ni mcm ada gak terkena kt aku...mcm2 org wat kt aku tp aku still maafkan org tu..cuma mampu berkata xpe la..biarlah org tu nk ckp atau wat  apa pun..satu hari dia akan terima pembalasannya... tp jgn cuba wat aku naik angin atau mencabar kesabaranku mmg kene la...hahahaha
 
Pakaian
 nak semua up to date dan semua nak kemas...:-not true sbb pada aku kemas je up to date xde la sangat sekali skala boleh la...


******semua ni satu kebetulan jer...tp mungkin ada yg terkene pada kita kan..sekian see u...

Wednesday, September 12, 2012

CINTA


1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintaimu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

“Semua orang ingin bercinta, dan semua orang ingin di cintai, tapi tak semua orang dapat merasai dan tak semua orang juga dapat memahami apa itu CINTA..”

Teuku Wisnu ft Shireen Sungkar - Cinta Kita

Monday, September 3, 2012

Putus Cinta

 Salam Aidilfitri kawan2 semua....belum terlambat rasanya utk wish selamat hari raya walaupun biskut raya yg aku bw dari kg aku dh mkn sorang2 kt umah satu balang...hahahahha..x sempat nak bw pi opis..ari ni aku nk kongsi ttg pengalaman putus cinta yg ditulis oleh seorang blogger tp aku dh lupa sape sbb dh lama aku baca dari blog dia.ni aku copy paste apa yg ditulis oleh kawan kita ni...

1.Menurut kajian dan stalking wall fesbuk, 93% kawan-kawan dalam list fesbuk aku pernah melalui pengalaman putus cinta.

2.Alasan standard yang sering di guna pakai untuk memutuskan hubungan (mengikut urutan menurun):

i. 56% : Maaf, i rasa kita tak serasi
ii. 22% : Makin lama makin serabut i tengok muka u
iii.17% : i dah tak tahan dengan bau ketiak u
Iv. 9.7% : Terus terang i cakap, mak i tak suka u
v. 0.2& : I nak bertaubat.kapel ni haram

3. Lagu mahligaimu dari airmataku nyanyian lestari menjadi lagu putus cinta pilihan bagi lelaki manakala lagu putus cinta pilihan perempuan adalah pelamin anganku musnah nyanyian azie

4. Jumlah kali putus cinta bagi seorang perempuan boleh dikira dengan cara membilang berapa banyak kali mereka tukar phone number. 5 kali tuka no phone = 8 kali putus cinta (plus minus)

5. 3 daripada 4 wanita pernah kapel balik dengan ex-bf meraka.dengan alasan "everybody deserved 2nd chances" biarpon terang-terang ex-bf mereka main kayu tiga dan kemudian putus balik dengan sebab yang sama. bodoh kan?

6.Bila putus cinta, atau diputuskan cinta, ayat standard yang selalu digunapakai oleh 87% pempuan selalu pakai di minggu-minggu awal keputusan adalah

"Saya tak boleh hidup tanpa dia"

Tahap bangang : 4.9 bintang dari 5
Ko hidup dari baby sampai ke tadika, terus ke sekolah rendah. lulus UPSR dengan cemerlang.menyambung pula pengajian ke sekolah menengah sebelum mengenali si dia boleh pulak ko hidup??


******aku dh bape kali putus cinta...hehehehe..mula2 putus tu mmg rasa dunia ni mcm dh berakhir....kahkahkahkah..(bercinta tahap apa ntah ni ) lama2 lantak ko le dh lelaki  tu xnk aku kan..mcm la ko tu ensem sgt..ramai lg lelaki lain yg blm prnh aku jumpa lg baik pd ko..xde maknanya aku nak pi merayu mcm sedih sgt kene tggl..lama2 terus lupa dh x ingat apa2..tp bila jumpa blk or terserempak ker cm nak baling bom atom jer kt dia biar hancur berkecai..kahkahkahkah..sadis tol imaginasi aku..satu je aku nak pesan kt korang seme..kalau sst relationship tu terputus di tgh jalan better delete sms and phone number org yg melukakan ati korang tu..apa2 yg berkaitan dgn org tu x guna simpan n baca blk..nnt kita x dpt nak mulakan hidup baru..kita juga berhak bahagia sbb putus cinta tu bukan penamat hidup kita...banyak lg perkara yg berfaedah utk kita fikir..renung renungkanlah...
Wassalam...

Wednesday, August 29, 2012

12 barisan di akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN

[Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."

BARISAN KESEPULUH

[Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS

[Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."

BARISAN KEDUA BELAS

[Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Amin........jadilah kita orang yang Barisan kedua belas....(sumber : halaqah )

20 perkara wanita membenci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak ialah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti
mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang
suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... :senyum: sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak
semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar  pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang
ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada  juga
sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam  alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata  duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa
cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering  dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya
tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak  pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun
sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah
kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa
kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun
dia tak  sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak  sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak  ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi
alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau  ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan
tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,  mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si  dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya  sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap
anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari  kesalahan
sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen
HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


Bercinta dan berkasih biar satu, berkawan biar seribu.
Tiada istilah berkongsi kasih-sayang di dalam hidupku.  Seorang jejaka, hanya untuk seorang wanita dan tidak lebih dari itu.


Sumber :-Halaqah

Tuesday, July 24, 2012

Rahsia Kelahiran Di dalam Bulan-Bulan Islam

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..
 
 
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.
 
 
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.
 
 
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..
 
 
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
 
 
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.
 
 
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.
 
 

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.
 
 
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.
 
 
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.

SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU MENDAPAT HIDAYAH

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:-

a)dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

b)dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

c)orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

d)orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

e)orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

f)orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

g)orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

h)orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

i)orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.

j)orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia seperti mana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.



****sumber daripada Halaqah.net

Tuesday, April 24, 2012

Ingin merampingkan badan...sila baca tips ini...

Assalamualaikum...pembaca yg dikasihi sekalian...mcm ramai sgt aku punya peminat..kehkehkeh...tgk tajuk jer mesti dh tau aku ni nk tulis pasal apa kan..rasanya dh ramai org tau pasal2 kurus..diet even perkataan yg sewaktu dgnnya..k la terus pd apa yg ingin aku sampaikan..ramai org ingin mengecilkan badan dr saiz xl kepada M atau dr L kepada S..dan ramai diantara kita mmg dh tau tips2 tersebut..tp apa yg ingin aku kongsikan disini adalah mcm mana aku blh mengecil spt sekarang daripada berat aku 55 kg kepada 45 kg..jgn x caya u oll semua dulu pipi dan pinggang aku pernah mengembang smpai saiz 28 inci u....antara tips2 yg biasa dipraktikkan oleh org ramai adalah...jeng jeng jeng...

a- makan sblm jam 8 mlm....biasanye lepas blk keje kul 5 ptg smpai je umah kdg2 masak  tp byk yg x la..aku akan mkn sblm mlm menjelma..dlm kul 6.30 ptg gitu le..masa tu tgk le menunya apa tp kalau dh blk keje jarang mkn bende2 yg bergoreng ni spt nasi grg ke..mee grg ke...kadang2 jer aku akan mkn menu2 cmtu..biasa aku akan masak nasi..grg sayur je la..itu menu org bujang..tp terbabas gak le kul 9 mlm kalau umah aku ada tetamu yg dtg..heheeeheh...tp mkn sblm jam 8 mlm ni bagus u oll sebab bile nak tido perut kite dh dpt menghadam segala jenis mkanan yg telah memasuki usus kite..x gitu..mata pun senang nk pejam kan..

b-melakukan senaman-ni aku jarang praktik tp aku akan wat bende lain utk menggantikan senaman..maklum ler kadang2 kene kerja mlm jd ari yg x ot aku akan blk umah cpt..apa yg aku lakukan adalah di zmn moden ni umah mane yg xde vacum kan..umah aku pun ada tp aku xkn guna..biasa aku akan menyapu guna cr tradisional ler..masa ni tutup ler seme kipas yg ada sbb bile dh wat keje umah dengan x disangka2 akan mengeluarkan peluh..ini dpt menyihatkan badan jugak kan disamping dpt mengecilkan saiz lengan..heheheheh..

c-sentiasa berjalan-yg ni blh juga diamalkan sbb dengan berjalan kite dpt membakar lemak2 degil dibadan..dulu masa time study kt upm masa tu time susah..hidup pun dengan duit JPA jd utk berjimat bile nk pi kelas tu aku dan hosmet yg lain akan sentiasa melakukan senaman ni..bagus u oll..dpt mengecilkan paha tau..purata satu hari aku berjalan dlm 3-5 km sehari sbb umah kat luar kampus pastu lak kelas dr pg-ptg bayangkan kene berpindah randah dewan kuliah and kelas tutuoran..korang pikir berapa lemak degil yg telah menghilang...banyak kan...bile dh abis study tiba2 aku rasa saiz aku dh mengecil..kekekekekkeke...tp aku tgk generasi moden ni jarang nk berjalan cthnye bile nk pi mkn kt kafe pun naik kete..melampau tu...padahal jalan kaki dekat jer..x smpai 2 minit..

d-pemakanan mesti seimbang-seeloknya campurkan apa yang korang seme makan tu ikut 5 gabungan makanan spt kekacang, buahan,sayuran, tenusu dan mkanan berprotein.yg ni kalau nk lebih detail elok korang seme google kt internet mesti byk info2 yg boleh diketahui.

Rasanya ini jer yg termampu aku contengkan disini...sbb kadang2 org selalu ckp aku ni kurus apa rahsianya..sebetulnya xde rahsia pun sbb apa yg korang mkn itu la yg akan masuk dlm perut aku gak..tp kalau dah blk kampung tips ni seme xleh pakai langsung yer...sbb kul doblas mlm pun aku mkn nasi...kakakakkaaka...sbb bagi aku yg jarang blk kg (kalau blk pun 2 kali setahun) selagi belum tido aku akan mkn apa saja yg ada kt dapur umah tu..yelah bile dh blk ke sini makanan tu seme aku akan makan balik bile time raye...jadi korang bayangkan dlm masa setahun berapa kali aku dpt merasa masakan sedap2 dr mak aku tu..kesian kan...ok la...babai..see u next entri ...

Saturday, March 10, 2012

Love...

When you are in love you can’t fall asleep because reality is finally better than your dreams.

You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly.

The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart.

Love one another and you will be happy; it is as simple and as difficult as that.